Pages

Tuesday 20 September 2050

ABOUT ME



Bismillah..
Nama diberi oleh kedua ibu bapa tersayang adalah Naziyahtul binti Anifah. Telah dilahirkan pada 30 November 1994 di Hospital Taiping, perak. Merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda pendidikan (Sains) dengan kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris setelah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau pinang, SMKA (P) Almashoor dan SK Sungai Korok. 

Pernah bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran ke matrikulasi selama empat bulan dan di restoran makanan segera KFC selama dua bulan sebelum ke universiti. Saya berasakan “pengalaman adalah guru yang terbaik” kerana ia telah meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri saya. Ia merupakan pengalaman yang berharga dalam hidup saya, kerana dapat merasai kesusahan ibu bapa yang mencari rezeki untuk menyara keluarga. Oleh itu, saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pekerjaan yang bagus untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa selama ini.

“Manusia akan mati tetapi orang yang berilmu akan hidup selama-lamanya”. Kata-kata tersebut, saya fikir sangat dekat dengan diri seorang guru kerana mereka memberi ilmu kepada sesiapa sahaja. Beruntunglah seorang guru itu, jika para pelajarnya mengamalkan ilmu yang diberi dan saham di akhiratnya makin bertambah. Hal ini adalah kerana, apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu doa anak soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. 

Sekalung penghargaan kepada ibu bapa dan semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada saya. Tanpa anda semua siapalah saya pada hari ini.